Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita UMNO sukarelawan pantau harga barang

Armani Mahiruddin  (tiga dari kiri) bergambar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Negeri.
Armani Mahiruddin (tiga dari kiri) semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Negeri.

KOTA KINABALU – Wanita UMNO Sabah dilantik menjadi rakan sukarelawan memantau harga barang menjelang  cukai jualan dan perkhidmatan (GST) 1 April depan.

Ketuanya, Datuk Armani Mahiruddin berkata, ia merupakan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Negeri Sabah yang melantik Wanita UMNO sebagai sukarelawan bagi membantu agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kota Kinabalu (KPDNKK) memeriksa harga barang dipremis jualan di Parlimen masing masing.

Jelas beliau, usaha ini diambil apabila ramai pihak terutama peniaga mengambil kesempatan menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan tanpa mengambil kira peraturan sedia ada.

“Ia adalah tugas kita sebagai pemimpin agar selalu turun padang setiap hari mendengar masalah rakyat mengenai harga barang dan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan GST. Oleh itu, kita dan KPDNKK akan turun serta memantau perkara ini,” katanya ketika mempengerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Sabah di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Disamping itu, Armani yang juga Exco Wanita UMNO menambah, Wanita juga bekerjasama dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengadakan pelbagai program dalam kalangan rakyat mengenai GST.

“Menerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) juga, kita bersama JKDM mengadakan pelbagai program untuk memberi pendedahan lebih luas kepada orang ramai mengenai pelaksanaan GST ini,” jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Wanita akan mengadakan program Jelajah Sayang ke beberapa Parlimen pendalaman pada Mei depan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan