Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Umno sokong cadangan penyusunan semula kg Sembulan

KOTA KINABALU- Wanita UMNO Kota Kinabalu menyokong penuh cadangan Umno Bahagian berkenaan penyusunan semula perkampungan Sembulan

Ketuanya, Datuk Hjh Rosimah Zakaria berkata beliau memberi sokongan kepada cadangan pembangunan kampung Sembulan disamping mengekalkan penduduk bumiputera dalam bandar dengan keadaan yang teratur dan selesa.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Kota Kinabalu, disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan beberapa perkara berkenaan pembangunan negeri ini dalam pelbagai aspek.

Diantaranya, pihaknya memohon agar Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melonggarkan syarat-syarat untuk mendapatkan lesen perniagaan ‘Trak Makanan’ di negeri ini.

Dalam masa sama, Rosimah turut menyeru kepada seluruh ahlinya agar bersatu padu dan tidak memberi ruang kepada pihak pembangkang meleraikan perpaduan parti tersebut.

“Oleh itu, kita semua perlu beriktikad, kukuh pendirian dan teguh intergriti. Gunakan kekuatan dan jati diri dengan melahirkan pendirian bahawa yang baik itu tetap baik dan tidak akan berubah menjadi sebaliknya,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan