Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita UMNO Sepanggar menyokong penuh kepimpinan PM, TPM dan KM

7:00am 04/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 156 views Tempatan
Jainab bersama Ketua-ketua cawangan wanita memegang kain rentang menyatakan sokongan mereka kepada PM, TPM dan KM.

Jainab bersama Ketua-ketua cawangan wanita memegang kain rentang menyatakan sokongan mereka kepada PM, TPM dan KM.

SEPANGGAR- Wanita Umno Bahagian Sepanggar menyokong sepenuhnya Kepimpinan Perdana Menteri (PM),Timbalan Perdana Menteri (TPM)dan Ketua Menteri (KM)Sabah dan menolak Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan sekarang adalah bertunjangkan kepada kesetiaan kepada kepimpinan tanpa mempersoalkan perkara yang tidak bawa manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Dialog Bersama Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Dewan ILP, disini, semalam.

Jainab berkata rakyat perlu membuka mata,minda dan telinga untuk melihat realiti yang berlaku hari ini jika rakyat mahukan pembangunan sama ada prasarana dan pembangunan modal insan.

“Kita harus menyokong kerajaan hari ini yang banyak membantu rakyat yang memerlukan,dan menolak sekeras-kerasnya tindakan pembangkang dan yang bersekongkol dengan pembangkang,”katanya.

Hadir sama, Pemangku Ketua Bahagian Umno Sepanggar, Datuk Haji Yakub Khan,Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Haji Manjah Awang Bahar, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Bomba,Jabatan Air,Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, SDO,Sabah Electricity Sdn. Bhd., Suruhanjaya Pilihanraya Cawangan Sabah dan agensi kerajaan yaln lain. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan