Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita UMNO Sandakan Anjur Majlis Khatan

7:14pm 04/06/2014 Pak Roshan 37 views Sandakan,Tempatan

pic-79

SANDAKAN: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sandakan dengan kerjasama Biro Hal-Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan akan mengadakan Majlis Berkhatan Berama-ramai pada 7 Jun ini, di Masjid Jannatun Naim, Sri Taman dekat sini.

Program yang bermula dari jam 7 pagi itu akan disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Umno Sandakan iaitu Tan Sri Haji Ampong Puyon.

Ketua Wanita umno Bahagian, Noraini Sulung (gambar) memberitahu tujuan program berkhatan adalah untuk meringankan beban kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan dan ini juga merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan pihaknya untuk membantu rakyat.

“Lebih kurang 30 kanak-kanak yang di bawah umur 9 hingga 12 tahun ke atas sudah pun didaftarkan nama mereka sebagai peserta program berkhatan ini.

“Kepada penduduk di sekitar kawasan Elopura khususnya sekiranya ibu bapa berminat untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program ini bolehlah datang sebelum jam 7 pagi di Masjid Jannatunaim untuk tujuan mendaftarkan nama anak-anak mereka,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan