Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Umno Sabah tetap kuat dan bersatu

KOTA KINABALU: Wanita UMNO Sabah masih tetap kuat, kukuh dan bersatu untuk mendekati rakyat walaupun kerajaan yang ada sekarang ditunjungi oleh Pakatan Harapan.

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Azizah Mohd Dun berkata, perjuangan Wanita UMNO bukan diasuh untuk mudah mengalah. Wanita mesti kuat, kukuh dan bersatu.

“Tidak sama sekali. Perjuangan kita hari ini benar-benar kerana memikirkan masa depan anak cucu kita. Kita tetap berhati waja dan kita akan terus bangkit dan terus mendekati rakyat seperti mana yang kita lakukan selama ini walaupun kita dalam keadaan serba kekuarangan. Kita tidak akan lemah semangat.

“Kita akan jadi pembangkang yang kuat dengan dalam menyuarakan perkara yang sewajarnya. Sudah tentu semangat ini perlu ada pada kita semua,” jelasnya.

Beliau berkata demikan selepas majlis berbuka puasa dengan Ketua-ketua Wanita UMNO bahagian di kediaman beliau di Jalan Kurol Melangi Kampung Likas semalam.

Yang hadir sama Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad (Sepanggar), Penolong Setiausaha Juriah Palasin (Putatan), Datin Seri Dayang Ainun Pengiran Bagul (Papar), Datuk Surinam Sadikun (Sipitang), Datuk Rosimah Zakaria (Kota Kinabalu), Noraini Idris (Penampang), Jamaliah Antalip (Tuaran). Datuk Eyong Latun (Kota Belud), Datuk Redonah Bahanda (Kota Marudu), Datuk Aminah Ambrose (Kudat), Dayang Endang Datu Asibi (Beluran), Datuk Zaiton Anik (Pensiangan) dan Amelia Anjun (Keningau).

Menurut Azizah, Wanita UMNO Sabah wajar muhasabah diri untuk bangkit semula dalam memperjuangkan UMNO, yang terbukti dulu dan kini sentiasa memperjuangkan agama Islam, orang Melayu dan negara tanpa mengetepikan perlembagaan dan memberi keistimewaan kepada bangsa lain.

“Kita masih banyak kelebihan tetapi kita kena tengok balik mana kesilapan kita. Rakyat telah beri ‘signal’ menolak kita tetapi itu bukan pengakhirannya. Mereka bagi peluang untuk kita muhasabah diri,” ujar beliau.

Tambah beliau, Wanita UMNO perlu sentiasa turun padang dan mendengar isu-isu semasa diperingkat akar umbi dan meminta Pemuda dan Puteri UMNO juga terus mendekati generasi muda.

“Kita jangan lalai dan sentiasa mendekati rakyat walaupun bukan kita menjadi kerajaan tetapi dekati rakyat….dengar isu-isu semasa dan rintahan mereka….jadilah pendengar kepada rakyat dan apa juga yang disuarakan kita akan bawa ke peringkat tertinggi parti UMNO.

Beliau juga berharap mesyuarat cawangan yang diadakan dalam bulan ini mampu dapat mengumpulkan kekuatan untuk kembali merapatkan saf bagi membina semangat dan mengatur gerak kerja baru.

“Saya mengharapkan agar semua ahli UMNO tidak berputus asa kerana kejatuhan parti keramat ini.

Jelas beliau, kali ini UMNO diuji dengan ujian yang amat besar kerana Allah SWT mahu memberikan kejayaan yang jauh lebih besar.

“Kalah menang ini biasa. Dalam Islam ada masa juga kalah dalam peperangan. Yang penting kepercayaan dan kesatuan hati dan ini akan membuatkan kita menang,” tegasnya.

Wanita UMNO Sabah turut menyatakan pendirian menyokong kepimpinan UMNO yang sedia ada dan tindakan mantan Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin keluar dari UMNO untuk menyertai parti Warisan Sabah tidak melenturkan semangat juang mereka. /SayangSabah

Kenangan…..Azizah bersama, Jainab bergambar kenangan selepas majlis berbuka puasa dengan Ketua-ketua Wanita UMNO bahagian di kediaman beliau di Kampung Likas semalam.

Komen


Berita Berkaitan