Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Umno, Persatuan Peniaga hulur bantuan kepada mangsa banjir

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Umno Kota Kinabalu dan Persatuan Peniaga Kraftangan hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM2,200 kepada Tabung Bencana NSTP – Media Prima.
Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban dihadapi mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia.
“Sumbangan kecil ini diharapkan mampu membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir terbabit,” Ketua pergerakan itu, Datuk Hajah Rosimah Zakaria pada majlis penyerahan bantuan tersebut yang diadakan di Runways Cafe di sini hari ini.
Sumbangan itu diserahkan kepada wakil NSTP, Avila Geraldine Samuel.
Rosimah juga berharap mangsa banjir terbabit agar tabah menghadapi dugaan tersebut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

SUMBANGAN.. Wakil NSTP menerima cek sumbangan Wanita Umno Kota Kinabalu dan Persatuan Peniaga Kraftangan untuk mangsa banjir.
SUMBANGAN.. Wakil NSTP menerima cek sumbangan Wanita Umno Kota Kinabalu dan Persatuan Peniaga Kraftangan untuk mangsa banjir.

Komen


Berita Berkaitan