Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Umno Mahu Bursa Malaysia Pastikan Dasar 30 Peratus Wanita Pembuat Dasar Dalam Sektor Korporat

SHARIZAT

PUTRAJAYA: Wanita Umno meminta Bursa Malaysia mengambil serius dasar kerajaan bagi mencapai penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau kecewa kerana selepas tiga tahun dasar itu diperkenalkan, hanya 8.6 peratus wanita diberi peluang sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah dalam syarikat-syarikat berkenaan.

“Saya akan mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta Bursa Malaysia selain kementerian dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan secepat mungkin bagi mencapai sasaran ini.

 

“Antaranya termasuk menjadikan wanita sebagai pembuat keputusan dalam syarikat sebagai syarat untuk syarikat baru disenaraikan dalam Bursa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis ‘Women Empowered Network 2014’ di sini pada Isnin.

Turut hadir Naib Ketua Wanita Umno merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun dan Exco Wanita Umno merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Shahrizat, yang juga Penasihat Pembangunan Keusahwanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, berkata kekurangan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat itu bukannya disebabkan oleh kekurangan wanita yang berkelayakan, sebaliknya kerana sikap sambil lewa sektor korporat merealisasi dasar tersebut.

Beliau berkata satu pasukan petugas khas akan diwujudkan dalam Wanita Umno khusus bagi memantau perkara tersebut.

“Saya dan exco wanita juga berjumpa dengan pihak Bursa Malaysia jika perlu,” katanya.

Mengenai majlis anjuran Wanita Umno itu, Shahrizat berkata ia mengumpulkan wanita-wanita profesional dari seluruh negara bagi mengeratkan silaturrahim sekali gus mengambil maklum balas mengenai isu-isu yang berkaitan untuk diperjuangkan.

Komen


Berita Berkaitan