Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita UMNO kemuka usul kuota

pic-64

KOTA KINABALU: Wanita UMNO Sabah bakal mengetengahkan usul berkaitan kuota Wanita dalam Mesyuarat Persidangan Wanita UMNO Bahagian yang bermula pada 8 Ogos ini.

Ketuanya, Datuk Armani Mahiruddin berkata, usul tersebut telah dibentangkan pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO tahun lalu yang meminta agar wakil sayap itu diberikan kuota khas di peringkat Bahagian dan Pusat.

Katanya, usul itu bersesuaian dengan Fasal 3.4 peraturan Pergerakan Wanita UMNO iaitu untuk membangunkan Wanita ke arah mencapai 30 peratus wanita dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar.

“Ini merupakan usaha kita untuk meningkatkan penglibatan dan peranan Wanita dalam parti,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Sabah Ketiga di Bangunan UMNO di sini semalam.

Yang turut hadir Naib Ketuanya merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad; Ketua Penerangan, Aminah Johan; Penolong Setiausaha, Juriah Palasin; Penolong Bendahari, Manis Buka Mohd. Dara dan Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian negeri.

Sempena majlis itu, Armani turut menyaksikan majlis angkat sumpah seramai sembilan Ahli Jawatankuasa Wanita Barisan Nasional (BN) negeri.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Wanita UMNO berkata, usul tersebut diketengahkan tepat pada masanya memandangkan Presiden UMNO sendiri mengiktiraf Wanita sebagai tulang belakang parti.

Menurutnya, kesetiaan, komitmen dan kerjasama yang diberikan Wanita kepada UMNO mahupun BN tidak boleh dipertikaikan malah mereka merupakan jantungkepada parti untuk menang dalam mana-mana pilihan raya.

Selain itu, katanya, usul lain yang di ketengahkan ialah usaha memerangi penderaan seksual terhadap wanita kerana kebanyakan kes yang dilaporkan dilakukan ahli keluarga mangsa sendiri.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan