Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita tolak gugur boleh jual anak

10:36am 11/04/2016 Pak Roshan 16 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Moscow: Russia merancang membeli anak daripada wanita yang memilih untuk tidak menggugurkan kandungan mereka.

Menurut undang-undang yang dicadangkan, pihak berkuasa akan membayar wanita berkenaan AS$3,000 (RM14,500) sekiranya mereka bersetuju menjual bayi itu.

Pegawai berharap langkah itu yang diusulkan seorang anggota Parlimen dari Parti Nasionalis akan meningkatkan kadar kelahiran dan memberi kanak-kanak ‘peluang untuk hidup.’

Kira-kira 200,000 wanita dijangka mengambil bahagian dalam cadangan itu yang masih di peringkat kajian.

“Ia akan membantu ‘kanak-kanak’ yang sudah ditetapkan akan mati sebelum dilahirkan’ untuk hidup,” kata anggota Parlimen Aleksandr Sherin dalam nota yang disertakan dengan usul itu.

Menurut usul itu, wanita terbabit perlu menyerahkan maklumat mengenai kehamilan mereka, termasuk tarikh mereka dijangka melahirkan kandungan dan ikrar yang menyatakan mereka tidak akan menggugurkan bayi dalam kandungan, jika mahu wang itu.

Undang-undang Russia hanya membenarkan penguguran kandungan berusia kurang 12 minggu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan