Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita tikam suami angkara WhatsApp

whatappas

Barbourfields, Zimbabwe: Aplikasi WhatsApp menjerumuskan seorang wanita ke penjara selama setahun atas tuduhan menikam suaminya dengan pemutar skru.

Kejadian tercetus apabila Mella Manatsi leka menghantar pesanan melalui aplikasi telefon mudah alih itu kepada bekas suaminya.

Masalah timbul apabila tindakan Mella itu disedari suaminya.

Daripada pertengkaran, konflik suami isteri Mella – Gabriel Madara itu berlarutan sehingga ke keganasan fizikal.

Dalam prosiding mahkamah, hakim diberitahu Mella menggigit dagu Madara apabila lelaki terbabit merampas telefon dan mengancam untuk menggunakannya sebagai bukti curang.

Mella juga menikam suaminya dengan pemukar skru serta memukul kepala lelaki terbabit dengan batang besi dalam kejadian 14 Januari lalu itu.

Namun, Mella bernasib baik kerana hakim bersetuju menangguhkan pelaksanaan hukuman itu semalam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan