Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita tertua berusia 121 tahun

tertua

HANOI: Seorang wanita Vietnam berusia 121 diisytiharkan sebagai wanita paling tua di dunia yang masih hidup.

Nguyen Thu Tru tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 72 tahun di bandar raya Ho Chi Minh. Sepanjang perkahwinan bersama suaminya, dia dikurniakan 11 anak tetapi hanya empat masih hidup.

“Kami mempunyai bukti secukupnya untuk menunjukkan Nguyen dilahirkan pada 4 Mei 1893.

“Bukti seperti sijil kelahiran yang disahkan pihak berkuasa Perancis, bekas kerajaan Vietnam Selatan dan kerajaan Vietnam,” kata pengarah Pusat Rekod Guinness Vietnam, Le Tran Truong An.

An berkata, Rekod Dunia Guinness akan diminta untuk mengiktiraf Nguyen sebagai wanita tertua yang masih hidup di dunia, menggantikan Misao Okawa, 116, dari Jepun. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan