Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita terselamat terjun dari rumah terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Jawa 1, dekat Sandakan. - Foto Bomba dan Penyelamat Sandakan
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Jawa 1, dekat Sandakan. – Foto Bomba dan Penyelamat Sandakan

SANDAKAN: Tindakan seorang wanita terjun dari tingkat satu rumah kayu didiami menyelamatkannya daripada kebakaran di Kampung Jawa 1, Batu 12, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Hadziah Yusing, 37, dikatakan terperangkap dalam kebakaran susulan api yang merebak terlalu cepat di rumah berkenaan, namun sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke bawah menyebabkannya cedera di dagu dan kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata bomba menerima panggilan pada jam 2.17 petang sebelum menghantar 16 anggota bersama dua jentera ke lokasi.

Katanya, api hanya dapat dipadam sepenuhnya pada jam 3.33 petang.

“Tujuh penghuni tinggal rumah itu namun hanya mangsa berada di kediaman terbabit ketika kejadian. Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan