Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita terselamat kereta langgar pembahagi jalan

3:29pm 10/06/2016 Pak Roshan 1612 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

13407056_774224356048041_9070996374214198164_n

TAWAU: Seorang kakitangan Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau, terselamat apabila kereta dipandunya merempuh pembahagi jalan yang merodok bahagian dalam kenderaan itu di Batu 6, Jalan Apas, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Esther Kwe Chai Lean, 33, yang memandu PERODUA Kelisa hanya cedera ringan namun keretanya mengalami kerosakan teruk.

Difahamkan, mangsa gagal mengawal keretanya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Taman Home Luck, Batu 2, Jalan Kuhara, dekat sini, sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.13 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

“Lapan anggota bomba bersama dua jentera tiba lokasi pada jam 7.29 pagi untuk membantu mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tawau,” katanya. –  BH Online

13418758_774224692714674_2775211459178971548_n

13428422_774224512714692_4026680785116859284_n

kemalangan

13428422_774224512714692_4026680785116859284_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan