Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita tempuh detik cemas diculik dua lelaki di KK

2:20pm 11/04/2014 Pak Mustari 2738 views Kota Kinabalu
Screen Shot 2014-04-11 at 9.37.11 AM

ACP Jauteh

KOTA KINABALU: Seorang kerani wanita berusia 22 tahun menempuh detik cemas apabila diculik dua lelaki yang melarikan kenderaannya di Plaza Juta Likas, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun  yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan, dekat sini, bagaimanapun terselamat apabila berjaya melarikan diri dengan melompat keluar  daripada kenderaan di satu lokasi, berhampiran Alam Mesra, di sini.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa meletakkan kereta jenis Perodua  Myvi miliknya di parkir Plaza Juta, Likas untuk pergi ke pejabatnya di kawasan berkenan.

Bagaimanapun ketika keluar daripada kenderaannya, dia telah  dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang bertindak menolak masuknya ke tempat duduk belakang, sebelum melarikan kereta bersama mangsa.

Suspek kemudian memandu kereta terbabit ke arah Alam Mesra sebelum  berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek, namun akhirnya mangsa  bertindak berani dengan melompat keluar daripada kenderaan itu.

Mangsa yang tercedera akibat tercampak di atas jalan raya kemudian  meminta pertolongan orang awam lalu membuat laporan polis.

Difahamkan juga, mangsa mengalami kerugian lebih RM60,000 akibat  kejadian itu selepas kereta, beg tangan dan beberapa dokumen penting  dilarikan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner  Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata  siasatan masih dijalankan.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah bertindak menolak mangsa  sebelum melarikan kenderaan itu bersama mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan kejadian itu ada kaitan  dengan insiden curi kenderaan membabitkan seorang mangsa kanak-kanak  di Likas, Isnin lalu.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan dihospital susulan kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa  berhati-hati sekirannya berada di kawasan gelap dan sunyi.

“Kalau boleh, cuba elakkan daripada meletakkan kenderaan di kawasan  gelap dan sunyi, lebih-lebih lagi ketika berseorangan,” katanya sambil  menambah kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. –WB

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan