Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita tempatan didenda memilik syabu

KOTA KINABALU- Seorang wanita tempatan dikenakan denda sebanyak RM 2,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan memiliki syabu.

Narnih John yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie mengaku telah memiliki syabu seberat 0.14 gram didalam sebuah bilik sewa, di sini pada jam 11 pagi pada 7 Oktober, tahun ini.
Atas kesalahan tersebut, tertuduh dihukum dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam mitigasi, tertuduh memohom agar jumlah denda minimum dikenakan kerana ini merupakan kesalahan pertama dan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan. Selain itu, tertuduh juga merupakan ibu kepada enam orang anak.
Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng – Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan