Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Telan 68 Kapsul Dadah

Major Drugs Haul Seized By Federal Police Force

Jakarta – Seorang wanita warga Kenya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang dekat sini kerana cuba menyeludup dadah dengan menelan 68 kapsul methamphetamine.
Timbalan pengerusi unit dadah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Subekti berkata, wanita itu yang dikenali sebagai OS berusia 33 tahun bekerja di sebuah pusat kecantikan di Kenya.
“Dia juga seorang graduan dari sebuah universiti di sana,” katanya.
Katanya, wanita itu menelan kapsul untuk mendapatkan AS$3,500 (RM12,899) atas arahan seorang lelaki warga Nigeria yang dikenali sebagai S.
“S mengarahkan OS menelan 70 kapsul dadah dan dua daripada kapsul itu dikeluarkan di sebuah tandas di Hong Kong,” jelasnya.
Rancangan penyeludupan itu bermula apabila S menghubungi seorang lelaki warga Nigeria di Jakarta yang dikenali sebagai JP sejak beberapa bulan lalu.
JP, 33, yang menjadi seorang pedagang tekstil di pasar Tanah Abang mempunyai seorang teman wanita dikenali sebagai IM, 39.
S memberitahu JP seseorang akan membawa sesuatu ke Indonesia.
“Daripada maklumat penahanan OS, kami menghubungi IM dan memberitahunya bahawa bahan itu berada di sebuah hotel,”kata Subekti.
Polis juga berjaya menahan IM dan juga JP.
Ketua pejabat imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Irianto berkata, OS ditahan pegawai imigresen 24 Februari lalu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan