Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita sedia hadapi cabaran penyatuan UMNO

Datuk Jainab Ahmad (duduk tengah) dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Wanita UMNO Sabah. – Gambar SNT / ehsan Wanita UMNO

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah mengingatkan ahlinya supaya kekal bersatu dan terus berpegang kepada prinsip perjuangan asal parti itu iaitu demi membela agama, bangsa dan negara.

Meskipun berada di pihak pembangkang, Wanita UMNO mahu semua ahlinya menerima situasi itu dengan hati terbuka untuk mereka berusaha memperbaiki segala kelemahan yang mengundang kepada kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Ketuanya, Datuk Jainab Ahmad berkata, cabaran penyatuan dalam UMNO yang dihadapi oleh semua ahlinya wajar jadikan sebagai motivasi untuk menggembalikan maruah parti itu terutama di mata rakyat.

“Dalam mesyuarat Wanita UMNO Sabah yang pertama kali diadakan hari ini, kami telah menyatakan untuk kekal dalam UMNO dan walau apapun terjadi kami tahu pada masa ini adalah pembangkang… terima itu semua dengan motivasi yang tinggi.

“Bagi kita, UMNO sebenarnya masih relevan di Sabah dan bagi kami UMNO negeri adalah untuk bumiputera termasuk yang bukan Islam. Jadi kami akan memperjuangakan autonomi kami, kita tidak perlu ke Semenanjung, kita ada pemimpin UMNO negeri yang hebat-hebat belaka untuk bersuara dan memperjuangkan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Bangunan UMNO Sabah hari ini.

Jainab berkata, walaupun UMNO berdepan pelbagai cabaran ketika ini termasuk isu pembekuan akauan, Wanita tetap menjalankan aktiviti dan program kemasyarakatan masing-masing dengan konsep `work smart’.

Katanya, Ketua-ketua Wanita di peringkat bahagian diminta untuk turun padang dan menjelaskan kepada akar umbi bahawa UMNO masih wujud kerana difahamkan ramai yang telah menyangka bahawa parti itu telah `berkubur’ di Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut membidas bekas ahli UMNO yang melanggar ikar setia yang mereka terhadap perjuangkan parti selama ini semata-mata disebabkan kini BN dan UMNO berada dalam kem pembangkang.

“Saya ingatkan kepada Wanita jangan segan… dulu pun pembangkang (kerajaan Pakatan Harapan hari ini) tidak malu dan segan, malah mereka bertahan lama. Jadi kenapa kita baru masuk 100 hari sudah lari berkeliaran, bertempiaran.

“Begitupun, saya percaya ramai lagi ahli UMNO yang masih setia, amanah, bersatu dan bekerjasama demi kelangsungan dan menggembalikan semula kekuatan parti,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan