Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita putus dua selepas dilanggar bas

ONGKAT beroda yang digunakan wanita berkenaan musnah.
ONGKAT beroda yang digunakan wanita berkenaan musnah.

Brooklyn: Seorang wanita berusia 70 tahun mati dengan mayatnya terputus dua apabila dilanggar sebuah bas.

Kejadian berlaku ketika Carol Bell berjalan dengan bantuan tongkat beroda untuk menyeberang jalan di sini awal pagi semalam.

Pemandu yang dikenali sebagai Paul Roper dikatakan membuat pusingan-u apabila dia melanggar mangsa.

Seorang saksi Ramon Garcia berkata: “Wanita itu putus dua. Saya tidak dapat membantunya. Yang menghairankan, bas itu tidak berhenti. Dia meneruskan perjalanan. Pemandunya tidak tahu bahawa dia sudah melanggar wanita itu.”

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan bas itu berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Polis menahan Roper tidak lama kemudian atas tuduhan meninggalkan tempat kemalangan dan beberapa tuduhan lain. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan