Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita perlu bangkit untuk maju

5:25pm 22/11/2015 Ann Vivien 17 views Isu Semasa,Tempatan
Rahmahjan menyampaikan cendera kenangan kepada Rubin.

Rahmahjan menyampaikan cendera kenangan kepada Rubin.

TENOM: Golongan wanita tempatan di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman diingatkan supaya tidak leka dan lalai dalam membina kehidupan keluarga.

Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmajan Sulaiman Khan berkata, golongan wanita jangan sekadar berpeluk tubuh, sebaliknya perlu bangkit untuk maju, termasuklah menguasai bidang ekonomi agar tidak  ketinggalan dalam arus pembangunan.

Katanya, isu gender tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya ia perlu jadi kekuatan golongan wanita untuk mencipta kejayaan lebih besar setanding golongan lelaki.

“Golongan wanita perlu gigih, bermula dari bawah, supaya memiliki kekuatan mencapai kejayaan” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Kraf Kreatif (Jejari Bistari) anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P.182 Tenom dengan kerjasama Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom di Rumah Kebudayaan Kg. Bamban dekat sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang. Seramai 35 orang peserta dari sekitar daerah ini terpilih mengikuti kursus yang bakal menjadi perintis bagaimana untuk menghasilkan produk komersil bagi menjana pendapatan demi menjamin masa hadapan mereka.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan