Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita parah, suami cedera diserang gajah

gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan

TAWAU: Seorang wanita parah, manakala suaminya cedera ringan selepas diserang dan dipijak seekor gajah liar yang mengamuk di kawasan Ladang Perkayuan Brumas, kira-kira 80 kilometer dari sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu menyebabkan Susi Sudirman, 36, cedera parah di badan dan muka, selain patah tulang rusuk akibat dipijak haiwan liar berkenaan dan kini menerima rawatan di Hospital Tawau.

Suaminya, Santoko Satria, 44, hanya cedera ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan mula bekerja di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan sebelum tiba-tiba seekor gajah yang agresif serta cuba menyerang mereka.

Difahamkan, kawasan ladang berkenaan terletak tidak jauh dari hutan simpan yang menjadi habitat haiwan liar terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata ketika terserempak dengan gajah itu, pasangan suami isteri terbabit cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, haiwan liar terbabit sempat melibas Santoko menggunakan belalai menyebabkan dia melambung dan tercampak.

“Gajah itu kemudiannya mengejar mangsa wanita lalu menyerang dan memijak mangsa sebelum lari ke hutan berdekatan,” katanya.

Santoko kemudian meminta pertolongan Polis Bantuan Sabah Softwood dan kakitangan Klinik Brumas untuk kedua-dua mangsa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau. – BH Online

Keadaan mansa - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan mangsa ( Kiri )  – Foto Ihsan Pembaca / Gambar Gajah Sekadar hiasan ( Kanan )
Keadaan Mangsa - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan Mangsa – Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan