Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,813

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Parah, 2 Lagi Cedera Buaian Gergasi Tumbang

11:18am 07/12/2015 Pak Roshan 819 views Mutakhir,Nasional
TIGA orang cedera apabila buaian besar di tapak pesta ria di PD Waterfront, Port Dickson, tumbang tengah malam tadi. - Foto NSTP

TIGA orang cedera apabila buaian besar di tapak pesta ria di PD Waterfront, Port Dickson, tumbang tengah malam tadi. – Foto NSTP

PORT DICKSON – Seorang wanita parah manakala dua lelaki cedera ringan apabila buaian besar tumbang di tapak sebuah pesta ria di PD Waterfront di sini, tengah malam tadi.

Mangsa wanita dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21, manakala dua lelaki lain dikenali sebagai Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17, yang masing-masing menaiki kerusi buaian berasingan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera dikejarkan ke tempat kejadian.

Sebaik tiba di tapak pesta ria itu, katanya anggotanya mendapati buaian itu telah tumbang dan seorang wanita terperangkap pada kerusi buaian.

“Anggota bomba dengan menggunakan tangga memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya di sini, hari ini.

Sulong berkata, semua mangsa segera dihantar ke Hospital Port Dickson, manakala punca sebenar kejadian sedang disiasat.

Sementara itu, beliau berkata punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan