Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita panik tinggal bayi dalam mangkuk tandas

BAYI berkenaan di dalam mangkuk tandas.
BAYI berkenaan di dalam mangkuk tandas.

Seorang wanita ditahan selepas didakwa membuang bayinya dalam tandas rumahnya.

Polis di bandar Shenyang xiazhuang sebelum itu menerima aduan daripada penduduk sebuah apartmen yang mendengar tangisan bayi itu selama beberapa jam.

Bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan bogel dalam mangkuk tandas rumah wanita itu.

Wanita terbabit ditahan setengah jam kemudian selepas pengurus apartmen membantu mengenal pasti identiti dan membantu polis menjejakinya.

Dia dikejarkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah.

Wanita berusia 19 tahun itu tinggal bersama teman lelakinya di apartmen berkenaan dan merahsiakan kehamilannya kerana takut dimarahi keluarga.

Kerana cemas dan tidak tahu apa hendak dilakukan, wanita itu dan teman lelakinya meninggalkan bayi di tandas berkenaan dan keluar dari apartmen itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan