Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita paling gemuk

gemuk
gemuk

Kaherah: Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.

Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluarganya di Iskandariah sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampaunya.

Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.

Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantunya melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.

Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan