Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita nafi pertuduhan memalsukan tandatangan

8:22pm 17/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 68 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang ibu kepada dua orang anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini hari ini atas kesalahan memalsukan tandatangan bagi tujuan menipu, lima tahun yang lalu

Nur Zatil Aqmar Zulkifli, 30 didakwa memalsukan tandangan pada e-banking sehingga mendatangkan kerugian kepada syarikat tersebut di sebuah syarikat pada jam 5 petang pada 29 September 2011.

Jika disabitkan kesalahan, Zatil didakwa dibawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh 3 Mac, tahun ini sebagai pengurusan kes. Manakala, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Tertuduh diwakili peguam Intan Timor Shamsudin, manakala pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Juppakal. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan