Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita nafi kesemua 23 pertuduhan tipu wang

KOTA KINABALU- Seorang ibu kepada lima orang anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini hari ini atas 23 pertuduhan menipu  wang berjumlah RM 115 ribu dari seorang wanita

Jevesia@ Aloysia Jesetta Alasa, 54 telah menipu wang Lucy@ Lily Lojinin, 62 dengan menyatakan bahawa tertuduh boleh mendapatkan tender
pembinaan gereja di belakang KDCA, Penampang di antara 22 Jun hingga 13 November, tahun lalu, dan masing- masing berlaku di Maybank Putatan
dan Penampang.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, Jevesia didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh
maksimum 10 tahun dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 7 Mac, tahun ini untuk pengurusan kes.

Manakala, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 1,000 bagi setiap pertuduhan berserta dua orang penjamin tempatan.

Peguam Mohammed Fareez Mohammed Salleh mewakili tertuduh manakala pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – Oleh Elezebeth
Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan