Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita miliki kad pengenalan palsu ditangkap

IMG_20150108_142354KOTA KINABALU: Seramai 24 warga Filipina ditahan di Lokap Berpusat kerana disyaki pendatang tanpa izin dalam Op Nyah Bersepadu yang dijalankan di Kg Lokup, Menggatal dekat sini awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 4.00 pagi hingga 9.00 pagi disertai empat pegawai polis serta 153 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasa negeri itu turut menahan seorang wanita  di bawah Seksyen 25 (1)(e) Akta Pendaftaran Negara 2001, kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Ketua Polis Daerah, ACP M.Chandra berkata, semua  36 yang diperiksa dalam operasi itu kemudian dibawa ke Balai Polis Karamusing di sini untuk menjalani ujian saringan air kencing dan proses dokumentasi.

“Hasil saringan itu menyaksikan seramai 24 warga asing yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah, kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sembilan orang lelaki pula ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas didapati positif dadah.

“Op Nyah Bersepadu akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras masalah PTI dan perumahan setinggan di sekitar daerah Kota Kinabalu,” katanya lagi.

Antara agensi penguatkuasa yang terbabit dalam operasi tersebut ialah Polis, Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM), Pasukan Petugas Khas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Imigresen. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

TAHAN… Antara warga asing yang ditahan dalam Op Nyah Bersepadu awal pagi hari ini.

Komen


Berita Berkaitan