Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita meninggal kes langgar lari

4:39pm 04/11/2015 Ann Vivien 259 views Jenayah,Tempatan

 

accident

SANDAKAN: Pihak polis di Sandakan meminta kerjasama orang ramai atau saksi untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan langgar lari yang berlaku di Jalan Sim-Sim pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata, kejadian itu melibatkan sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan dengan seorang pejalan kaki wanita yang berlaku lebih kurang jam 7.30 malam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Lo Vui Song yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Post morterm akan dijalankan untuk memastikan punca kematian mangsa dan sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Wan Hazizie Wan Husin (089-242254).

Menurut Zabidi, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan