Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Mencuri Demi Anak

KOTA KINABALU- Seorang wanita mengaku mencuri untuk menyara anaknya yang masih kecil dihukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Jasmini Jasri, 27 telah dibawa ke hadapan Majistret Stephanie Abbie Sherron mengaku telah mencuri beberapa produk kesihatan dan kecantikan pada 24 November, tahun ini, pada jam 12 pm di sebuah kedai di Api-Api Centre, di sini.
Jasmini dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Menurut fakta kes, pada 29 November, tahun ini, pemilik kedai tersebut telah membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan beberapa produk kesihatan dan kecantikan di kedai tersebut. Disamping itu, terdapat rakaman CCTV di dalam kedai tersebut telah merakam perbuatan Jasmini dan seorang lagi wanita yang merupakan kakaknya. Walaubagaimana pun, kakaknya tidak mengaku telah melakukan kesalahan tersebut.
Dalam mitigasi, tertuduh yang sambil menitiskan air mata memohon agar hukuman minima dikenakan ke atasnya kerana tertuduh mempunyai anak yang masih kecil untuk dijaga.
“Saya mencuri barang-barang tersebut kerana ingin menyara anak kecil saya itu”, kata Jasmini.
Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor, Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan