Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita membantu pembangunan negara

Perasmian...Jainab (empat dari kiri) memotong reben sebagai simbolik perasmian
Perasmian…Jainab (empat dari kiri) memotong reben sebagai simbolik perasmian

KOTA KINABALU – Golongan wanita di Sabah digesa agar terus berusaha ke arah memajukan diri bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik demi masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, golongan wanita berpotensi untuk berjaya dalam bidang yang mereka ceburi kerana memiliki faktor kebolehan dan daya fokus tinggi.

“Wanita lebih jujur, cekap dan mempunyai sensitiviti terhadap kerjaya bagi memastikan mutu kerja yang baik dan bernilai tinggi,” katanya ketika berucap dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa ajuran Persatuan Industri kecil dan Sederhana (IKSnita) di sini semalam.

Menurutnya, peranan dan sumbangan wanita dalam masyarakat adalah sangat besar dan memberi nikmat pembangunan dan kemakmuran kepada negara.

“Peranan wanita di rumah menjadi tunjang dalam pembangunan sahsiah diri yang jitu, terutamanya kepada anak-anak seterusnya membentuk masyarakat yang bertamadun dan pemikiran yang lebih sihat dan membawa kepada kemakmuran dan kemajuan negara,” ujarnya.

Tambahnya lagi, usaha memastikan kesaksamaan gender dalam masyarakat harus diberi perhatian, memandangkan pelbagai sumbangan wanita bagi memastikan kelancaran sistem sesebuah organisasi.

Katanya, peluang seperti aspek pendidikan, industri keusahawanan, kesihatan, kewangan dan juga dalam bidang yang sering dikuasai oleh lelaki seperti industri hartanah,industri minyak dan gas, industri automotif dan kejuruteraan perlu diberikan kepada wanita.- oleh DewianaTinggolongon / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan