Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara

9:36pm 25/04/2016 Leolerry Lajius 32 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid

KOTA KINABALU: Wanita memainkan peranan yang penting dalam memberikan sumbangan kepada kejayaan yang dikecapi di negara ini samaada dari aspek politik, ekonomi, sosial mahupun sukan.

Menurut Menteri Pembagunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, wanita yang dahulunya hanya dilihat sebagai seorang suri rumah, isteri dan ibu tetapi kini, walaupun masih lagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang sama tetapi masih mampu meraih kejayaan dan kemajuan dalam bidang yang diceburi.

“Tidak hairanlah jika hari ini kita sering mendengar wanita digelar sebagai iron lady atau wonder woman kerana mampu meraih pencapaian yang cemerlang meski bergelar seorang suri rumah, isteri, ibu mahupun ibu tunggal,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Konferesi Wanita 2015/2016 di Wisma Wanita, hari ini.

Menurut Jainab, platform seperti Konferensi Wanita ini merupakan satu cara yang mesra dan berkesan bagi mendapatkan maklumbalas mengenai isu dan permasalahan kaum wanita, khususnya di Negeri Sabah.

“Bukan sahaja kita dapat berkumpul sesama wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan hierarki jawatan di suasana yang mesra, bahkan kita juga akan mendekati isu yang mungkin sering menjadi persoalan dan tanda tanya kepada kita sebagai wanita,”katanya.
Kerajaan telah menetapkan sasaran kadar penyertaan wanita di peringkat membuat keputusan atau kepimpinan sebanyak 30% di sektor awam dan pada tahun 2014, sasaran itu telah berjaya dicapai iaitu sebanyak 32.5% wanita telah berjaya memegang jawatan penting di sektor awam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan