Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat

3:03pm 08/01/2016 Leolerry Lajius 65 views Tempatan
Datuk Abidin bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA memotong kek pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Abidin bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA memotong kek pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Wanita memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bagi mengelakkan serta mengurangkan faktor negatif atau yang tidak produktif dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).”

Demikian ungkapan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 PUSPANITA Cawangan Bandaraya di Dewan Puspa, Centre Point pagi tadi.

“Setakat ini terdapat seramai 1800 orang pekerja di DBKK dan 900 daripadanya bersamaan 30 peratus adalah pekerja wanita yang secara langsung membantu dalam usaha pembangunan dalam perkhidmatan DBBK, “katanya.

Tambah beliau, DBKK akan sentiasa menyokong program anjuran PUSPANITA demi kebaikan ahli PUSPANITA khususnya dan masyarakat amnya di masa akan datang.

“Badan-badan lain yang ada dalam DBKK seperti Kelab REKA, PEMADAM Bandaraya boleh bergabung tenaga dan sumber kewangan dengan PUSPANITA untuk menganjurkan aktiviti yang mempunyai impak berkesan bersama-sama,”katanya.

Mesyuarat tahunan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Bandaraya Kota Kinabalu Datin Florence Malangkig, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA serta ahli-ahli PUSPANITA yang lain.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan