Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Maut, Tiga Parah Kereta Terbabas Di Lahad Datu

kemalangan
Kiriman Foto Pembaca Sayang Sabah

LAHAD DATU : Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Sandau di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, tiga lagi penumpang kenderaan itu cedera parah manakala bayi lelaki selamat.

Ketua Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khatizah Rahaban berkata wanita itu dikenali sebagai Sabturina Mohd, 31, sementara yang parah dikenali sebagai Fatimah Dahlan, 28, serta Nor Selehah Abdul Said, 11 dan adiknya Nor Hafizah,9.

Adik Nor Selehah, Abdul Razif yang berusia 11 bulan tidak cedera, katanya ketika dihubungi hari Ahad.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.03 petang dan menghantar tujuh anggota bomba ke lokasi kejadian, yang terletak 21 kilometer dari sini.

“Setibanya di lokasi, mereka berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta itu.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Lahad Datu,” kata Khatizah.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan