Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Maut Kereta Dirempuh Lori Treler Di Simpang Beluran

9:26am 22/06/2016 Pak Roshan 3226 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

kemalangan2

SANDAKAN : Seorang wanita maut dan seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori treler di Simpang Beluran, Jalan Sandakan-Telupid, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Liydia Ahpol, 32, penumpang van Toyota Avanza.

Katanya mangsa yang cedera parah ialah Mohd Jamal Mudin, 34, juga penumpang kereta itu.

Menurutnya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira kira jam 11.20 pagi apa ketika kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Beluran.

“Semasa hendak memasuki simpang Pekan Beluran, Toyota Avanza telah dilanggar oleh sebuah lori treler yang berada di jalan lurus dalam perjalanan dari Telupid menuju ke Sandakan,” katanya di sini.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Beluran.

Zabidi berkata pemandu dan seorang lagi penumpang kereta Toyota Avanza dan pemandu lori treler tidak mengalami kecederaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

kemalangan

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan