Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita maut kereta bertembung lori

Orang ramai memberi pertolongan awal kepada mangsa dalam satu kemalangan yang mengorbankan seorang penumpang wanita serta seorang cedera parah selepas Proton Wira dinaiki bertembung dengan lori, di Kilometer 47 Semporna-Tawau. Foto Ihsan Polis

 

SEMPORNA: Seorang penumpang wanita maut manakala pemandu patah kaki selepas Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 47 Jalan Semporna-Tawau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Rafeah Dumpas, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah pada bahagian badan akibat tersepit manakala pemandu, Asrol Omar Basa, 23, patah kaki kanan.

Pemandu lori bersama dua kelindan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbuas, ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Wira hilang kawalan selepas menaiki bukit sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian keadaan cuaca cerah dengan permukaan jalan berselekoh serta garisan tengah bertanda garisan berkembar.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Oleh Abdul Rahemang Taiming/BH Online

Komen


Berita Berkaitan