Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita maut kenderaan terbalik elak anjing

10:38am 08/03/2016 Pak Roshan 5813 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
Keadaan pacuan empat roda yang terbalik di bahu jalan selepas dipercayai cuba mengelak seekor anjing di Jalan Sungau Burung-Balong, Tawau, petang semalam.

Keadaan pacuan empat roda yang terbalik di bahu jalan selepas dipercayai cuba mengelak seekor anjing di Jalan Sungai Burung-Balung, Tawau, petang semalam.

TAWAU: Seorang wanita warga emas maut apabila pacuan empat roda dinaikinya terbabas sebelum terbalik selepas mengelak daripada terlanggar seekor anjing di Jalan Sungai Burung-Balong, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian ketika hujan lebat pada jam 4.30 petang itu, Rhosma Hamid, 61, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan maut di tempat kejadian akibat tersepit di pintu depan kenderaan berkenaan, selain parah di kepala dan badan.

Pemandu bersama seorang lagi penumpang di bahagian belakang yang masing-masing cedera di kepala dan leher, dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila pemandu pacuan empat roda terbabit cuba mengelak seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.

“Berikutan itu, kenderaan terbabit terbabas sebelum terbalik di bahu jalan dan mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan bomba sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat,” katanya di sini, sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan