Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita maut, kenderaan jatuh dalam parit

Penduduk kampung berhampiran membantu mengeluarkan kenderaan mangsa yang terbabas.
Penduduk kampung berhampiran membantu mengeluarkan kenderaan mangsa yang terbabas.

TENOM – Seorang wanita maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 7, Jalan Lagud Seberang berhampiran Kampung Makatabau, kira-kira pukul 6.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohamad Firdaus Abdulah berkata, mangsa dikenali sebagai Ramia Yandua, 51, dari Kampung Tomani, Kemabong, disahkan meninggal dunia di Hospital Tenom manakala suaminya Bacdol @ Paidol Bulonsor, 52, hanya mengalami cedera ringan.

“Mangsa dipercayai lemas dalam parit selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suaminya, dari arah Pekan Tenom tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan arah bertentangan lalu berpusing dan termasuk ke dalam parit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Firdaus berkata, difahamkan pasangan suami isteri tersebut sedang dalam perjalanan balik ke kampung halaman suaminya di Kampung Pogukon, dekat sini.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati jalan bengkok ke kanan dari arah Pekan Tenom, keadaan cuaca baik, jalan berturap, mempunyai bahu jalan dan kiri dan kanan, jalan kering dan tidak berlampu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya APJ 1987. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan