Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita masak hati, hidung, kemaluan suami

masakidung

PARIS : Seorang wanita yang digelar ‘Hannibal Lecter wanita’ ditahan atas tuduhan membunuh suaminya dan memasak hati, hidung serta alat kelamin mangsa.

Pesara wanita berusia 71 tahun itu dituduh memukul suaminya yang berusia 80 tahun sehingga mati dengan batu lesung.

Menurut sumber, selepas membunuh suaminya 22 Mei lalu, suspek memasak anggota badan mangsa di dalam periuk di kampung Longwy, timur laut Perancis.

Sumber kehakiman berkata: “Suspek memasak hati, hidung dan alat kelamin di dalam periuk namun kami tidak pasti jika dia memakannya.” Sumber itu menyamakan suspek ‘Hannibal Lecter wanita,’ watak dari filem ngeri yang pernah ditayangkan pada 1991, The Silence of the Lambs yang dilakonkan oleh Anthony Hopkins sebagai kanibal.

Peguam Caroline Depretz berkata anak guamnya mengalami masalah kecelaruan jiwa dan berkata: “Ia perbuatan orang kurang waras.”

 

Komen


Berita Berkaitan