Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita mahu premis perniagaan

11:06pm 24/02/2016 Ann Vivien 36 views Isu Semasa,Tempatan
Abd.Rahman menyampaikan sijil kepada salah seorang panel dialog itu, turut kelihatan Fatimah (kiri)

Abd.Rahman menyampaikan sijil kepada salah seorang panel dialog itu, turut kelihatan Fatimah (kiri)

BELURAN: Golongan wanita khususnya ibu tunggal di daerah ini meminta supaya kerajaan menyediakan premis atau bangunan khusus untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Daerah Beluran Sharifah Fatimah Habib Ahmad berkata premis perniagaan itu penting untuk memudahkan ibu tunggal di daerah itu menjalankan perniagaan seterusnya meningkatkan pendapatan.
“Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkannya,” katanya yang mewakili seramai 270 peserta semasa Dialog Bersama Ibu Tunggal Daerah Beluran anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWS), Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Pejabat Daerah Beluran.
Terdahulu itu, Pengarah JHEWA Fatimah Jaafar berkata, JHEWA amat peka dengan pelbagai masalah dan keperluan kaum hawa terutamanya ibu tunggal di negeri ini.
Sehubungan itu katanya, JHEWA sering melaksanakan program-program kemahiran untuk golongan ibu tunggal di seluruh Sabah, antaranya Kursus Bakeri, Masakan Makanan Laut dan Kursus Sejuk Beku.
“Kami dalam proses mencari usahawan-usahawan daripada kalangan ibu tunggal untuk diketengahkan ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
“Saya berharap impian dan harapan JHEWA ini menjadi realiti seterusnya meningkatkan ekonomi ibu-ibu tunggal. Atas keprihatinan ini JHEWA dan Pejabat Daerah Beluran bekerjasama menganjurkan majlis ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu, di sini, kelmarin.
Fatimah berkata, program sehari itu antaranya bertujuan mengenalpasti masalah yang dihadapi ibu-ibu tunggal di samping memberi penerangan mengenai skim bantuan, program dan aktiviti yang disediakan agensi-agensi kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi ibu tunggal.
“Di samping itu program ini juga bertujuan mendapatkan maklumat mengenai program atau kursus yang sesuai dan diperlukan oleh ibu-ibu tunggal di daerah ini,” katanya.
Majlis itu dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Labuk Abd.Rahman Datuk Kongkawang, mewakili Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labuk Datuk Michael Asang.
Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Beluran Roger Appolunius dan Pegawai Khas Perhubungan Adun Sugut Mohd Latif Mustapha.-Oleh Monica Gidong/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan