Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita lelong rambut untuk menderma

lelong rambut

Shenzhen: Selepas menyimpan rambutnya selama 15 tahun, seorang wanita di sini kini mencari pembeli untuk membeli rambutnya yang sepanjang dua meter dengan niat untuk mendermakan wang berkenaan kepada sebuah sekolah menengah di Ningxia.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xiao, berkata dia mengambil keputusan menjual rambutnya menerusi Internet selepas mengetahu mengenai keadaan persekitaran persekolahan yang teruk di Ningxia.

Tarikh untuk membidanya berakhir hari ini dan sehingga semalam bidaan tertinggi mencecah 10,000 yuan (RM5,100).

Menurut Xiao, dia menerima tawaran sebanyak RM10,300 untuk rambutnya sembilan tahun lalu.

Ketika itu, rambutnya hanya panjang hingga ke betis.

“Saya mula memelihara rambut ketika belajar di universiti,” katanya. – Agensi

 

Komen


Berita Berkaitan