Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita kerugian RM7,000 ditipu individu menyamar pekerja Pejabat Daerah Keningau

12:40pm 04/09/2016 Pak Roshan 2930 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KENINGAU: Wang simpanan dalam akaun ASB seorang suri rumah berjumlah RM7,000 lesap selepas ditipu oleh seorang wanita yang menyamar sebagai Kakitangan Pejabat Daerah Keningau dan dua lagi lelaki rakan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Taong berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pada 29 Ogos lepas jam lebih kurang 8.30 pagi, pengadu (mangsa) yang berumur 60 tahun itu didatangi oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Pejabat Daerah Keningau dan menawarkan untuk membantu pengadu mendapatkan bantuan wang kebajikan warga emas sebanyak RM500 sebulan.

Katanya, setelah memperdayakan suri rumah itu, wanita yang menyamar sebagai kakitangan Pejabat Daerah itu membawanya ke kereta di mana kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang lagi lelaki.

“Pengadu diarah oleh suspek kedua iaitu pemandu untuk mengeluarkan semua wang dari akaun bank pengadu kerana menurut suspek sekiranya terdapat wang didalam akaun bank pengadu tidak akan diberi bantuan wang kebajikan warga emas. Pengadu yang percaya dengan kata-kata suspek dan mengaku mempunyai wang simpanan di dalam akaun ASB sebanyak RM7,000.” katanya dalan sidang media di IPD di sini pada Khamis.

“Selepas itu pengadu dibawa oleh suspek ke pejabat ASB Keningau dan pengadu sendiri mengeluarkan wang berjumlah RM7,000.00 dari akaun ASB miliknya. Setelah selasai urusan pengeluaran wang, pengadu kembali ke kereta dan telah dibawa ke kedai untuk membuat salinan kad pengenalan diri pengadu.

Suspek mengarahkan pengadu untuk meninggalkan wang yang dikeluarkan dari akaunnya dalam kereta semasa membuat salinan kad pengenalan. Setelah pengadu selasai membuat salinan kad pengenalan dan kembali ke kereta suspek, pengadu mendapati kesemua suspek telah menghilangkan diri bersama wang beliau. Pengadu yang rasa tertipu telah membuat laporan polis,” jelas Douglas.

Douglas berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan dengan denda sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Sehubungan dengan kes ini, Douglas mengingatkan orang awam terutamanya warga emas agar lebih berhati-hati dengan tawaran kewangan yang tidak wujud dan perlu mengambil langkah bijak merujuk tawaran yang dijanjikan dengan pihak yang betul. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan