Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Kerugian RM250,000 Ditipu Lelaki Asing Di Laman Sosial

kena tipu

KOTA KINABALU– Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM250,000 selepas tertipu dengan seorang lelaki asing melalui perkenalan mereka di laman sosial Facebook bersama seorang wanita lain yang mendakwa mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata wanita berusia 48 tahun itu mengenali lelaki yang dikenali sebagai Hendry John sejak Mei lepas memindahkan wang secara berperingkat ke dalam tujuh akaun berasingan dan berlainan identiti.

“Suspek berjanji akan mengahwini pengadu dan tinggal di Malaysia kerana mendapat kontrak perniagaan yang besar tetapi perlu membayar sejumlah RM45,000 kepada syarikat berkenaan.

“Kemudian seorang wanita bernama Rohana menelefon pengadu mendakwa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bahawa terdapat cek atas nama Hendry John bernilai 7.5 juta dollar yang diberikan oleh ‘Ministry Rural And Urban Cop’.

“Untuk menunaikan cek tersebut, pengadu terpaksa membayar pelepasan cukai, duti stem dan pelbagai urusan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saiman berkata wanita itu menyedari ditipu setelah kedua-dua individu terbabit sehingga kini masih menghubungi mangsa untuk memasukkan wang.

Dia membuat laporan polis pada 13 Ogos lepas.

Komen


Berita Berkaitan