Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Kencing Dalam Cawan Kemudian Terus Minum

11:05am 04/08/2016 Pak Roshan 2013 views Global

cctv

Ewww…., menjijikkan. Seorang wanita yang dipercayai tidak siuman telah kencing di kaunter sebuah pasar raya sebelum meminum air kencing berkenaan, sebagai protes kerana tidak dibenarkan menggunakan tandas di situ.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pasar raya terkenal di Kaohsiung, di selatan Taiwan.

Insiden mengejutkan itu telah dirakamkan oleh CCTV di kedai berkenaan.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit menadah air kencingnya dengan cawan dan kemudian minum, menyebabkan petugas di pasar raya berkenaan terkejut dan barulah dia memujuk untuk membawa wanita itu ke tandas.

Namun semuanya telah terlambat. Selepas berbuat demikian, wanita itu memakai semula seluarnya dan keluar dari situ.

Sementara kesan air kencingnya terpercik dan terkena meja kaunter terbabit.

Tidak diketahui sama ada tindakan diambil ke atasnya namun disebabkan dia tidak siuman, kemungkinan besar tiada tindakan akan dikenakan. – Mynewshub.cc

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan