Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WANITA JUGA LAYAK JADI KETUA KAMPUNG

Jannie Lasimbang bersama Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong serta panel lain. Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah digesa agar mengambil perhatian terhadap pelantikan ketua-ketua kampung dalam kalangan wanita yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin di peringkat kawasan masing-masing.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jannie Lasimbang berkata, beliau mahu jawatan ketua-ketua kampung juga disandang oleh wanita kerana aspek adat dan budaya bukan sahaja diketahui oleh golongan lelaki.

“Sebenarnya, dalam persidangan hari ini saya telah pun membangkitkan hal ini sebagai salah satu perkara yang perlu dititiberatkan dalam isu kesaksamaan dan keterangkuman gender di negara ini, khususnya di Sabah.

“Secara tradisinya, jawatan ketua kampung ini disandang sekian lama oleh golongan lelaki, namun kita perlu keluar daripada kepompong pemikiran bahawa lelaki sahaja yang boleh mempimpin diperingkat ketua kampung ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri penutupan Persidangan Kesamaan dan Keterangkuman Gender anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong Tien Fatt.

Hadir sama pada persidangan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan; Pengarah JHEWA, Masnah Matsalleh dan Pengerusi MPWS, Datuk Tarsiah TZ Taman.

Jane berkata, kementeriannya bersedia untuk memberikan latihan kepada wanita yang akan dilantik sebagai ketua kampung.

Dengan cara itu, katanya, wanita yang dilantik sebagai ketua kampung akan lebih dihormati selain mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka khususnya berkaitan soal adat dan budaya masyarakat yang diwakili. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan