Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Jangan Terperdaya Ajakan Pihak Guna Jihad, Islam – Rohani

rohani

KUANTAN– Wanita Islam di negara ini perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan ajakan pihak yang menggunakan jihad dan Islam sehingga menjadi mangsa kegiatan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata amat menyedihkan jika benar dakwaan bahawa ada wanita Malaysia terlibat dalam kumpulan militan itu.

“Walaupun perkara itu tidak pasti kesahihannya namun saya ingin menyeru kepada semua wanita, jangan pergi buat perkara itu kerana ia menjatuhkan martabat seorang wanita. Agama Islam tidak pernah mengajar kita buat benda seperti itu.

“Saya menyeru kepada semua wanita agar jangan mudah terpedaya kerana Islam tidak pernah mengajar jihad yang seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kem Integrasi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Felda Bukit Kuantan di sini pada Khamis.

Rohani mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider semalam yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan ‘Jihad Al-Nikah’ atau jihad seksual.

Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Komen


Berita Berkaitan