Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita jangan ragu ceburi bidang niaga

 

Hamisa Samat (tengah) melihat kreativiti peserta pertandingan Masakan dan Gubahan anjuran Puspanita Felda di Felda Umas, Tawau.
Hamisa Samat (tengah) melihat kreativiti peserta pertandingan Masakan dan Gubahan anjuran Puspanita Felda di Felda Umas, Tawau.

TAWAU – Walaupun hanya berbekalkan modal yang kecil, namun sesuatu perniagaan itu jika diusahakan dengan tekun mampu meraih kentungan lumayan dan pada masa sama, boleh membantu menambah pendapatan keluarga.

Dalam hal ini, kerajaan menyediakan banyak peluang perniagaan kepada bumiputera  menerusi geran, dana dan pinjaman seperti skim Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Skim Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Antara agensi berkaitan yang bertanggungjawab ialah Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhanan Malyasia (SME Corp.), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan Mara.

Sehubungan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemjuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat menggesa golongan wanita membuka mata dan mengambil peluang menceburi perniagaan kerana bidang itu mampu menambah pendapatan keluarga mereka.

“Peluang untuk golongan wanita yang ingin memajukan diri dalam bidang perniagaan kini sudah terbuka luas terutama mereka yang berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan.

“Banyak keistimewaan dikhaskan kepada masyarakat bumiputera dalam usaha membantu mereka meningkatkan perkembangan perniagaan dan pendapatan, khususnya meningkatkan taraf ekonomi bumiputera,” katanya ketika kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan Masakan dan Gubahan anjuran Puspanita Felda di Felda Umas, Tawau di sini hari ini.

Antara jenis perniagaan kecil-kecilan yang boleh diceburi suri rumah, kata Hamisa ialah jahitan, masakan dan kraf tangan.

”Golongan suri rumah dan generasi muda mempunyai banyak masa yang boleh dimanfaatkan dengan menimba ilmu perniagaan selain membantu suami menambah pendapatan keluarga,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan