Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita warga asing dipenjara guna MyPR palsu

8:18pm 19/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 156 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang wanita warga asing dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini kerana menggunakan MyPR palsu.
Isang Taji, 55 yang dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun mengaku telah memiliki MyPR dibawah namanya yang bernombor 611009-65-5242 pada 9 Disember, tahun lalu, pada jam 3.05 pm di belakang kedai kopi di Taman Chantek, Lido.
Isang dihukum dibawah Seksyen 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sehingga tempoh tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah turut mengarahkan agar barang kes dilupuskan dan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai jalani hukuman.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan