Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Wanita hutan’ disatukan dengan bapa kandung

9:24am 14/08/2016 Pak Roshan 47 views Global

baring

Phnom Penh: Seorang wanita yang digelar ‘wanita hutan’ selepas ditemui mencari makanan dalam keadaan bogel oleh seorang petani di Kemboja sembilan tahun lalu akhirnya pulang kepada bapanya di Vietnam, semalam.

Wanita itu mendapat tumpuan dunia selepas ditemui pada 2007 dalam keadaan badan berlumpur dan berjalan seperti monyet ketika mengutip sisa nasi di tanah berhampiran kawasan hutan.

Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh satu keluarga di Kemboja yang mengenal pasti identitinya sebagai Rochom P’ngieng, seorang gadis yang hilang pada 1989 ketika menggembala kerbau di sempadan Vietnam.

Wanita itu dipercayai tinggal di dalam hutan selama 18 tahun dan dijaga kumpulan monyet.

Bagaimanapun, selepas hampir sedekad, seorang lelaki Vietnam berusia 70 tahun yang dikenali sebagai Peo mengaku wanita itu sebenarnya adalah anak kandungnya.

Katanya, anaknya hilang pada 2006-setahun sebelum dia dijumpai-dan mempunyai masalah mental.

Dalam sepucuk surat dikirim kepada keluarga berkenaan, Peo berkata, dia mengecam anaknya yang dinamakan Tak selepas melihat gambarnya di Facebook.

Keluarga angkat wanita itu, Rochom Khamphy berkata, Tak disatukan semula dengan bapanya itu pada Sabtu lalu selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan Peo.

“Kami mengembalikan semula Tak kepada bapanya. Keluarga saya dan Peo menangis apabila melihat mereka disatukan semula,” katanya.

Peo dilaporkan bersetuju membayar AS$1,500 (RM6,029) kepada keluarga angkat berkenaan kerana menjaga anaknya itu. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan