Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita hasilkan lukisan guna mesin taip

lukisan mesin taip

LONDON – Seorang artis di sini menghasilkan lukisan kompleks dengan hanya menggunakan mesin taip tanpa sebarang bantuan peralatan lukisan, lapor portal berita Metro.uk kelmarin.

Wanita tersebut, Keira Rathbone berkata, dia mula mendapat idea untuk menghasilkan pelbagai lukisan dengan menggunakan mesin taip selepas bosan menulis menggunakan peralatan berkenaan.

“Idea untuk melukis menggunakan mesin taip timbul beberapa tahun lalu ketika saya duduk berseorangan di dalam bilik.

“Saya kemudiannya mengambil sekeping kertas dan mula menekan setiap huruf yang ada pada mesin taip untuk menghasilkan pelbagai objek,” katanya.

Rathbone kini sudah menjual beberapa lukisan di seluruh dunia melalui internet dan lukisan unik wanita itu turut dijual di pasar raya Selfridges. – AGENSI

Komen


Berita Berkaitan