Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita harus bersatu, elak jadi mangsa penipuan

KOTA KINABALU: Wanita diseru agar bersatu antara satu sama lain bagi mengelakkan terus menjadi mangsa penipuan.
Seruan itu disuarakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid ketika ditemui media selepas Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, kelmarin.
“Kita melihat bahawa terdapat kes seperti keldai dadah dan penipuan ada yang melibatkan wanita. Justeru adalah penting bagi wanita untuk saling bersatu antara satu sama dengan yang lain sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini,”katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa, kementeriannya juga akan menjalankan program-program kesedaran berkaitan isu dan masalah wanita terutamanya yang melibatkan ‘Love Scam’ dan juga keldai dadah.
“Program kesedaran ini meliputi semua lapisan masyarakat yang diharap dapat membantu menyebarluaskan maklumat mengenai jenayah umum dan siber masa kini serta cara-cara mengatasi,”katanya.
Tambah beliau, program kesedaran ini akan dilaksanakan sepanjang tahun di daerah-daerah terpilih di negeri ini dan secara umumnya program ini menjurus kepada pelbagai aspek permasalahan wanita.
Jenis program yang akan dilaksanakan adalah program motivasi, seminar mengenai isu-isu wanita, dialog kasih sayang, bicara undang-undang, seminar kesedaran dan tanggungjawab ibubapa, program sebening kasih sejuta harapan dan ceramah khidmat nasihat dan bimbingan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan