Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita hamilkan diri elak hukuman mati

9:53am 18/02/2016 Pak Roshan 5298 views Global
GAMBAR hiasan, wanita hamil di Vietnam.

GAMBAR hiasan, wanita hamil di Vietnam.

Vietnam: Empat pengawal penjara disoal siasat selepas didakwa membantu menghamilkan seorang banduan untuk membolehkan dia mengelak hukuman mati.

Nguyen Thi Hue, pengedar dadah yang menanti hukuman mati di sebuah penjara di Vietnam, menghamilkan dirinya dengan air mani yang dibelinya dengan harga AS$3,100 (RM13,100) dari seorang rakan banduan, lapor akhbar Thanh Nien News.

Keempat-empat pengawal penjara itu digantung tugas atas tuduhan cuai, selepas penyiasat mendapati Nguyen Tuan Hung memberikan picagari mengandungi air maninya dua kali kepada Hue pada Ogos tahun lalu.

Hue, 42, hamil selepas menggunakan air mani itu dan dijangka melahirkan kandungannya April depan.

Undang-Undang Vietnam menetapkan, wanita hamil atau ibu yang anaknya berusia kurang daripada 36 bulan, tidak boleh dijatuhi hukuman mati.

Dalam kes Hue, memandangkan hukuman mati telah diputuskan oleh hakim, ia akan dikurangnya dan dipinda kepada penjara seumur hidup.

Ini bukan kali pertama di Vietnam wanita bersubahat dengan pengawal untuk mengambil kesempatan terhadap undang-undang yang tidak jelas.

Pada 2007, dua pengawal dipenjarakan selepas didapati bersalah membiarkan seorang wanita yang dihukum mati mengadakan seks dengan banduan lelaki dan kemudiannya hamil. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan